Salam.. Hye..apa kabor? Pepagi ni..nak cerita pulak pasal wanita Solehah...apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah?
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia orang yang beriman, maka mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiayai walau sedikitpun” (An-Nisa’:24)
Dalam Al-Quran pun ada surah An-Nisa...khas untuk wanita..Surah Wanita, dalam bahasa Melayunya.. Tengok tu..betapa istimewanya seorang wanita kan di dalam Islam????
Nak ceritalah kat sini sikit ciri-ciri seorang wanita Solehah untuk panduan dan tatapan kita semua bersama-sama....i ni taklah sempurna..tapi saling kita ingat mengingati..kalau ada yang teringat..huhuhuhu...
Sila fahami petikan ayat Al-Quran tersebut.....:
"Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)
Dan ini pula kisah Rasulullah dan isteri2nya yang diceritakan dalam Surah Al-Tahrim sebagai pengajaran buat semua untuk direnungi bersama....
Di dalam al-Qur'an telah dipaparkan bagaimana peristiwa yang telah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah dengan isteri -isteri baginda iaitu Hafsah, Aisyah dan Zainab. Kisah berkenaan Rasulullah dalam menghadapi perwatakan isterinya ini ada dalam surah at-Tahrim ayat 1-5.
Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri nabi (Hafsah dan ‘Aisyah) berasa cemburu dengan Zainab yang telah menghidangkan madu yang menjadi kegemaran Rasulullah kepada baginda nabi Muhammad saw. Lalu Hafsah dan Aisyah telah berpakat supaya mereka berdua mengatakan mulut nabi berbau pada masa dan tempat yang berlainan.
Nabi mengharamkan madu kepada diri baginda hanya untuk menyenangkan hati para isteri baginda. Lalu Allah menceritakan perihal bicara Aisyah dan Hafsah ini kepada Rasulullah. Teguran Allah terhadap Rasulullah kerana mengharamkan meminum madu yang halal untuk mencari keredhaan isteri-isterinya dan teguran tentang sikap para isteri baginda juga telah tercatat di dalam surah al-tahrim ayat 1-5.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ ۚ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kaffarah) dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
.وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ
حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ
هَٰذَا ۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya) dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? Nabi menjawab: Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya(tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi
إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَد
صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ
ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ
jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya),
kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.;
عَسَىٰ رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
Ini pula dari Hadis:
"Apabila seorang wanita shalat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR. Ahmad 1/191)
Marilah kita bersama buang yang keruh dan ambil pula yang jernih...Perbaiki segala kelemahan kerana memang sifat kita sebagai manusia selalu lupa dan lemah....