Você está em: Home »Sem Marcador »Kekuatan Wanita
Kekuatan Wanita
Benarkah sebagai seorang wanita kita sentiasa rasa diri ditindas? sentiasa rasa diri lemah? sentiasa rasa diri kekurangan? Seandainya ada rasa seperti itu..haruslah kita renungkan asal kejadian kita sejak dari dulu lagi...Biarpun lelaki adalah ciptaan Allah yang lebih kuat dari segi fizikalnya berbanding wanita.. namun wanita adalah makhluk yang dikurniakan ketabahan dan keistimewaannya yang tersendiri.. Kerana sesungguhnya di belakang seorang lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menjadi tulang belakang kejayaannya..Tidak kiralah sama ada seorang ibu, isteri, keluarga, sahabat dan kekasih...Wanita yang diciptakan Allah iaitu Hawa menjadi peneman Adam dikala sunyi...tempat Adam meluahkan kasih sayangnya....dan Hawa juga adalah kelemahan bagi Adam sehingga dihukum turun ke dunia...Wnita adalah istimewa...teramat istimewa..madu dan racun ada ditangan wanita...Alangkah indahnya wanita sebagai hiasan dunia adalah wanita solehah...wanita yang tinggi budi pekertinya..tinggi nilainya...tinggi martabatnya.... Seandainya kita sebagai wanita ingin menjadi wanita yang kuat haruslah kita cuba menjadi hamba Allah yang beriman... Sesungguhnya iman adalah anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya....dan yang membezakan nilai sesuatu makhluk yang bernama manusia dengan manusia lain di sisi Allah adalah keimanannya...
Comentários:
Post a Comment