NAK CANTIK?? Koleksi Petua Istimewa Rahsia Wanita

1. Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

2.  Melembut Dan Melicinkan Kulit

Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

3. Mengharumkan Badan

Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jusdaun pandan untuk dujadikan sebagai mandian. Campurkan dengan airbiasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri.Gosokkan jus ini dibawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan InsyaAllah masalah anda akan selesai.


KALAU NAK TAHU ADA BANYAK LAGI RAHSIA...PASANGAN BAHAGIA...JUST FOLLOW SAYA...AKAN DATANG...! RAHSIA DARA....RAHSIA RUMAHTANGGA...HM..HM...SYHHH.....

Comentários:

Post a Comment

/
 
© 2009 | WANITA - KEKASIH | Por *Templates para VOCÊ*