AIRMATA WANITA / WOMEN TEARS


Dengan mencurah-curahnya idea menghasilkan penulisan bagi blokku pada hari Jumaat yang mulia ini... Aku sebagai seorang WANITA terpanggil untuk meluahkan rasa sanubari dari hati seorang WANITA... tidak kiralah siapa atau status apa pembaca blogku ini WANITA- AKUME jutaan terimakasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa bersama I dalam membaca apa yang kadangkala I merapu kat dlm ni...

Mengapa WANITA begitu sinonim dengan AIRMATA????? 

ADAKAH kerana wanita dilahirkan hanya untuk menangis????

AKU..ME (dalam omputihnya...) adalah seorang WANITA... yang telah melalui peritnya sebuah kehidupan...bagi aku..apa yang aku lalui teramat perit...hidupku dan airmata tidak dapat dipisahkan...Aku juga seorang ANAK PEREMPUAN...seorang ISTERI dan seorang IBU....

Hatiku selalu tersentuh kerana perasaanku begitu halus...masih segar diingatan sewaktu aku berada di rumah anak-anak yatim..airmataku mencurah-curah tak terbendung melihatkan anak2 kecil yang tidak tahu apa harus melalui keperitan hidup... kerana aku telah melalui keperitan maka itu aku juga merasa keperitan orang lain...aku merasai apa yang mereka rasai...pedih hatiku terguris...

Aku tidak gagah untuk melihat photo-photo mangsa peperangan...aku x mampu... 
Namun sebenarnya keperitan dan kesedihan itu mampu menguatkan aku..menjadikan aku bisa melaluinya...dan menempuhi hari2 yang mendatang dengan kuat dan tabah...meskipun airmataku ini terus mengalir..seolah tak ada habisnya...tetapi aku kini lebih kuat dan lebih tabah dalam mengharungi kehidupan di dunia ini...

Aku seorang IBU...merintih dan menangis di dalam sujudku...ketika mendoakan keberkatan anak-anakku...merayu kepadaNya agar anak-anakku tidak melalui keperitan sepertiku....Sepanjang masa mengalirkan airmata... dalam berdoa tidak kira dimana semoga anak-anakku selamat dan bahagia adanya... Aku juga seorang IBU menitiskan airmata sekiranya aku tidak mampu memberikan apa yang anak-anakku impikan.....

Aku seorang ISTERI mengalirkan airmata apabila suami menhan lapar dan dahaga demi mencari sesuap nasi untuk keluarga...Aku menitiskan airmata lagi sekiranya aku menjadi derhaka tidak mendengar kata suami yang banyak berkorban kerana mengikut emosi...aku menangis menyesal...Aku mengalirkan airmata di saat berjemaah bersama suami tercinta kerana terasa amat terharu dan bahagia di dalam jiwa...dan seringkali airmata ku akan berguguran sewaktu memohon kemaafan dalam melakukan kekilafan... terutama di HARI RAYA...huhuhuhuhu...

Maka dari itu banyak sebablah yang akan membuatkan aku tetap terus menangis....

1 Comentário:

aku-alam said...

Assalamu'alaikum.. Sab.. Ingat aku lagi tak ? Jenuh mencari kau.. Kalau kata kau terbaca komen ni, minta email aku awanlarat81@gmail.com

Post a Comment

/
 
© 2009 | WANITA - KEKASIH | Por *Templates para VOCÊ*